Suatu ketika dahulu, ramai yang mempersoalkan tentang kerjaya seorang pakar teknologi, programmer dan sekumpulan kelompok itu, yang pada awalnya dikatakan tidak mempunyai tempat dalam dunia kerjaya.
Namun begitu, arus masa dan perkembangan dunia telah membuktikan bahawa setiap bidang yang diceburi pasti mempunyai peluang masa depan yang tersendiri. Begitu juga dengan teknologi terbaru yang kini hangat diperkatakan iaitu Moovby.
Apa Itu Moovby?
Diasaskan oleh pemuda yang berkemahiran dalam pembangunan teknologi dan aplikasi, Nik Muhammad Amin Nik Muhammad Kamil kini telah berjaya mencipta suatu teknologi baru yang dapat memudahkan pemilik dan penyewa kereta.
Moovby ini mempunyai konsep yang sama seperti Airbnb namun ia lebih memfokuskan berkenaan kereta atau pengangkutan untuk disewakan.
Moovby memberi peluang kepada para pemilik kereta untuk menjadikan kereta yang berusia kurang 10 tahun sebagai aset dalam mendapatkan pendapatan tambahan.
Bayangkan saja, kereta yang tidak digunakan dalam tempoh bekerja, dapat disewakan kepada individu lain, sekaligus dapat menjana pendapatan tambahan berbanding dibiarkan sahaja di tapak parkir berjam-jam lamanya. Menarik bukan?
Kelebihan Menjadi ‘Host’ Moovby
Mungkin ada antara pemilik kereta yang berminat untuk mendaftar sebagai ‘host’ tetapi tidak yakin akan keselamatan kereta untuk diserahkan kepada Moovby?
Jangan risau, keselamatan kereta anda pasti terjamin dengan kesemua kelebihan ini.
Selamat dan mudah dipercayai
Anda akan mendapat akses tentang lokasi keberadaan kereta anda sekaligus mempunyai bantuan dan sokongan dari Moovby.
Aplikasi yang mudah digunakan
Dengan hanya menggunakan telefon bimbit, anda boleh menerima tempahan, berhubung dengan penyewa atau menukar harga kereta yang disewakan dengan mudah. Muat turun sahaja aplikasi Moovby di Apple Store dan Google Play Store anda.
Perlindungan insurans
Setiap kereta yang disewakan akan dilindungi dengan insurans sepanjang ianya digunakan dalam aplikasi Moovby. Jadi, anda tak perlu risau. Kereta rosak, pasti diuruskan.
Permintaan yang tinggi
Jika anda perhatikan, ramai individu kini beralih kepada penggunaan aplikasi seperti airbnb dan sebagainya berbanding berurusan terus kepada sistem hotel. Perkara yang sama juga terjadi kepada Moovby.
Hal ini kerana aplikasi ini memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membanding dan memilih jenis kereta yang mereka inginkan. Justeru, aplikasi seperti ini mempunyai permintaan yang tinggi berbanding perkhidmatan sewa kereta secara offline.
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang daripada host di Moovby?
Jangan tunggu lagi.
Daftar sekarang bersama kami melalui aplikasi Moovby dan dapatkan kesemua kelebihan ini.